Terma dan Syarat

Sekiranya anda mengakses portal eBayar ini, anda mengakui dan bersetuju bahawa terma-terma dan syarat yang mengikat anda merupakan satu perjanjian diantara anda sebagai pengguna, dengan agensi-agensi yang mengambil bahagian dan Pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

    Pembayaran Dalam Talian
    • Semua jumlah dinyatakan ialah dalam Ringgit Malaysia (RM).
    • Pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak akan menerima sebarang liabiliti bagi bayaran yang tidak diterima oleh akaun agensi yang betul jika anda memasukkan nombor akaun yang tidak betul atau butiran peribadi yang tidak tepat. Kami juga tidak akan menerima sebarang liabiliti jika bayaran anda tidak dibenarkan atau ditolak.
    • Bayaran anda akan dikemaskini dalam masa satu (1) ke lima (5) hariwaktu bekerja.
    • Pihak Kerajaan Negeri tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kegagalan oleh semasa membuat pembayaran untuk melindungi data pada skrin daripada dilihat orang lain atau diperolehi oleh mereka yang terbabit, semasa proses pembayaran dalam talian.
    Pengesahan dan Bukti Bayaran
    • Anda akan menerima pengesahan bayaran pada skrin dan juga emel selepas membuat pembayaran. Anda boleh mencetak bukti pembayaran apabila transaksi telah selesai (berjaya).
    • Resit pembayaran yang dicetak adalah sah diperlakukan untuk sebarang urusan rasmi.
    Polisi Bayaran Balik
    • Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai lebihan bayaran, sila berurusan dengan agensi berkaitan dengan mengemukakan bukti maklumat pembayaran.
    Had Liabiliti
    Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan langsung, tidak langsung, sampingan, khas, berbangkit atau teladan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, ganti rugi untuk kehilangan keuntungan, niat baik atau kerugian ketara lain akibat daripada:
    • Penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan portal
    • Kos perolehan barangan dan perkhidmatan gantian yang terhasil daripada sebarang barangan, data, maklumat atau perkhidmatan yang dibeli atau diperolehi atau mesej yang diterima atau transaksi yang dibuat melalui atau daripada portal
    • Akses tanpa kebenaran kepada atau pengubahan penghantaran atau data anda
    • Kenyataan atau kelakuan mana-mana pihak ketiga pada portal
    • Sebarang perkara lain yang berkaitan dengan portal
    Penamatan
    Pihak Kerajaan Negeri boleh menamatkan akses anda ke mana-mana bahagian perkhidmatan atau keseluruhan perkhidmatan dan mana-mana perkhidmatan yang berkaitan pada bila-bila masa, dengan sebab atau tanpa sebab, dengan notis atau tanpa notis, berkuatkuasa serta merta.

    Pihak Kerajaan Negeri juga boleh menamatkan atau menggantung akaun anda yang tidak aktif, iaitu, didefinisikan sebagai kegagalan untuk menggunakan perkhidmatan ini untuk tempoh masa yang panjang. Anda bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas penamatan akses kepada perkhidmatan tersebut.
    Perubahan Kepada Syarat-Syarat Perkhidmatan
    Pihak Kerajaan Negeri mempunyai hak pada setiap masa untuk membuat perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini.
    Pengubahsuaian Kepada Perkhidmatan
    Pihak Kerajaan Negeri mempunyai hak pada bila-bila masa dan dari masa ke semasa untuk mengubahsuai atau menamatkan, secara sementara atau tetap, perkhidmatan (atau mana-mana bahagian daripadanya) dengan atau tanpa notis.